Pasukan Khidmat Kecemasan Ukraine giat melakukan latihan kesiapsiagaan bermula Selasa bagi menghadapi sebarangan kemungkinan termasuk insiden kebocoran radiasi di loji kuasa nuklear terbesar Eropah, Zaporizhzhia.
Langkah ini diambil memandangkan loji itu berada di bawah kawalan Rusia, ditambah serangan terbaharu di bandar berhampiran, Enerhodar.